Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Tuesday, April 10, 2012

kapkong sudah pupus?

10 april - kapkong! baru-baru 1st time dengar nama ni, balik tanya mak aku yg dah berumur 66 tahun, dia pun tak pernah kenal kapkong tu apa. ntah dari mana asalnya pun tak tau.

bentuk dia sebiji macam tabung buluh masa aku kecil dulu. cuma lubang kapkong ni kat tepi, besar plak tu. kapkong ni plak siap ada lampu led lagi. ala-ala light & sound la.

macam mana nak main? baru-baru aku dihantar mewakili sekolah untuk menghadiri kursus bermain kapkong, kemudian balik kena latih pelajar-pelajar sekolah aku seramai 100 orang. kordinator tu! hahaha ketuk jangan tak ketuk.

ni projek untuk malaysia book of records, 10 000 pelajar sekolah seluruh perlis mengetuk kapkong sempena malam pembukaan sukan sekolah-sekolah malaysia di stadium utama kangar pada 21 mei nanti. "gema cahaya"!