Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Monday, April 30, 2012

3 serangkai

29 april - mungkin ini reunion bujang terakhir buat 3 sahabat ini kerana 26hb mei nanti, chon bakal beraqad nikah. mabruk ya akhi!

lepak-lepak lepas asar d'cawan, bersambung setelah maghrib d'ziffi sehingga hampir jam 12.00! puas berkongsi rasa.

Wednesday, April 25, 2012

majlis habib umar

24 april - alhamdulillah diberi kesempatan & peluang oleh Allah untuk duduk mengutip mutiara dan bersama merasai keberkatan majlis bersama habib umar hafiz di masjid albukhary alor setar.

Tuesday, April 10, 2012

kapkong sudah pupus?

10 april - kapkong! baru-baru 1st time dengar nama ni, balik tanya mak aku yg dah berumur 66 tahun, dia pun tak pernah kenal kapkong tu apa. ntah dari mana asalnya pun tak tau.

bentuk dia sebiji macam tabung buluh masa aku kecil dulu. cuma lubang kapkong ni kat tepi, besar plak tu. kapkong ni plak siap ada lampu led lagi. ala-ala light & sound la.

macam mana nak main? baru-baru aku dihantar mewakili sekolah untuk menghadiri kursus bermain kapkong, kemudian balik kena latih pelajar-pelajar sekolah aku seramai 100 orang. kordinator tu! hahaha ketuk jangan tak ketuk.

ni projek untuk malaysia book of records, 10 000 pelajar sekolah seluruh perlis mengetuk kapkong sempena malam pembukaan sukan sekolah-sekolah malaysia di stadium utama kangar pada 21 mei nanti. "gema cahaya"!

Tuesday, April 3, 2012

p1 wimax

3 april - letih dengan screamyx yang selalu bermasalah, try p1 wimax 2Mbps sebulan RM99. berbaloi!