Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Monday, December 10, 2012

tripod + lenspen

30 nov - menerima dua barang yang diorder melalui superbuy.my memang pantas. walaupun belum ada dslr, kita beli dulu aksesori. sebab tu ja yang mampu setakat nih :-)

Sunday, October 28, 2012

aqad nikah zul

28 okt - bersama faisal, menghadiri majlis 'aqdil qaraan sahabat baik bertempat di masjid sungai daun, yan. mabruk zul!

Wednesday, October 24, 2012

terima kasih imad

22 okt - menerima kiriman hadiah senaskhah buku hasil penulisan junior ana di mesir, juga penulis blog ustazimad. jazakallah!

Tuesday, October 23, 2012

kem pemantapan sahsiah

19-21 okt - turut serta sebagai fasilitator di dalam kem pemantapan sahsiah sekolah menengah (lelaki) peringkat negeri perlis di sri julok resort, naka.

Wednesday, October 17, 2012

khidmat masyarakat

6 okt - turut serta memerhatikan anak-anak di bawah seliaanku menyumbang tenaga bergotong royong.

Tuesday, October 2, 2012

outstation penang & terengganu nkisabk 2012

21-23 sept - berkursus bersama 16 warden lain di berjaya georgetown hotel, pulau pinang.

27-30 sept - bertindak sebagai guru pengiring untuk kontinjen perlis ke NKISABK peringkat kebangsaan. diadakan di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. #nkisabk

Friday, September 14, 2012

jaulah pahang

1 sept - makan angin dingin di cameron bersama 2 insan tercinta di temani 2 beradik yang banyak membantu.

Wednesday, August 29, 2012

purple day

23 ogos - atas permintaan sahabat-sahabat, ana upload sekeping untuk tatapan bersama. foto ketika sesi outdoor kat railway bridge. nantikan gambar seterusnya..ehhe :p~

Tuesday, August 14, 2012

jemputan walimah

23 ogos - saya dengan rendah hati menjemput semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini untuk menghadiri majlis walimah saya sebagaimana butiran di atas.

klik sini untuk google map.

Friday, July 20, 2012

miss 2012

13 julai - bertindak sebagai salah sorang guru pengiring kepada kontinjen perlis ke majlis ihtifal sekolah-sekolah (miss 2012) kementerian pelajaran malaysia peringkat kebangsaan. pengalaman berharga!

Tuesday, June 12, 2012

rangkuman cuti penggal

25-28 mei - bertindak sebagai camp commandant untuk kem kecemerlangan akademik pmr & spm 2012

29 mei - family gathering kat salak denai, yan. puas mandi!

30 mei - projek mengecat sepanjang cuti bersama anak-anak buah yang amat-amat ringan tulang :)

31 mei - menghadiri walimah kawan baik kat teluk cengai. tahniah chon!

31 mei - tumpang semangat kawan-kawan di majlis aqad nikah firdaus hat di masjid changlun. mabruk!

1 jun - himpunan hijau ke putrajaya di stadium darul aman. takbir!

Monday, May 28, 2012

pembukaan mssm

21 mei - terlibat dalam malam pembukaan mssm 2012 di stadium utama kangar. kenangan!

2 buku terbaru

11 mei - menerima kiriman daripada seorang sahabat berupa 2 buah buku terbaru yg dilancarkan di pesta buku kuala lumpur baru-baru ini, bersama cenderahati seutas tasbih koka. syukran!

Monday, April 30, 2012

3 serangkai

29 april - mungkin ini reunion bujang terakhir buat 3 sahabat ini kerana 26hb mei nanti, chon bakal beraqad nikah. mabruk ya akhi!

lepak-lepak lepas asar d'cawan, bersambung setelah maghrib d'ziffi sehingga hampir jam 12.00! puas berkongsi rasa.

Wednesday, April 25, 2012

majlis habib umar

24 april - alhamdulillah diberi kesempatan & peluang oleh Allah untuk duduk mengutip mutiara dan bersama merasai keberkatan majlis bersama habib umar hafiz di masjid albukhary alor setar.

Tuesday, April 10, 2012

kapkong sudah pupus?

10 april - kapkong! baru-baru 1st time dengar nama ni, balik tanya mak aku yg dah berumur 66 tahun, dia pun tak pernah kenal kapkong tu apa. ntah dari mana asalnya pun tak tau.

bentuk dia sebiji macam tabung buluh masa aku kecil dulu. cuma lubang kapkong ni kat tepi, besar plak tu. kapkong ni plak siap ada lampu led lagi. ala-ala light & sound la.

macam mana nak main? baru-baru aku dihantar mewakili sekolah untuk menghadiri kursus bermain kapkong, kemudian balik kena latih pelajar-pelajar sekolah aku seramai 100 orang. kordinator tu! hahaha ketuk jangan tak ketuk.

ni projek untuk malaysia book of records, 10 000 pelajar sekolah seluruh perlis mengetuk kapkong sempena malam pembukaan sukan sekolah-sekolah malaysia di stadium utama kangar pada 21 mei nanti. "gema cahaya"!

Tuesday, April 3, 2012

p1 wimax

3 april - letih dengan screamyx yang selalu bermasalah, try p1 wimax 2Mbps sebulan RM99. berbaloi!

Thursday, March 15, 2012

kap kuun krab

15 mac - alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dan pulang ke tempat asal setelah 4 hari berjaulah menikmati alam ciptaan Tuhan.

nantikan album memori menyusul.. :)

Thursday, March 8, 2012

marking paper

8 mac - selesai ujian suku pertama 2012. paper jawapan menanti untuk ditanda sepanjang cuti sekolah minggu hadapan. 12 kelas kesemuanya untuk subjek nahu sarf dan balaghah. fuhh!

Sunday, February 26, 2012

bersama ustaz tuan asmawi

26 feb - sempat menjalin ukhuwah, menyulam mahabbah bersama ustaz tuan asmawi yg kebetulan mai ke jitra.

kedah bike week 2012

25 feb - sepetang di tasik darul aman, jitra santai mengusha motor dan superbike. meleleh ayaq liuq!

Friday, February 17, 2012

perarakan dan pibg

17 feb - pagi, perarakan dan majlis penutup bulan maulidurrasul. kami ustaz-ustaz kena buat persembahan marhaban. awesome!

petang, mesyuarat agung pibg sehingga 6 petang. malam, sakit betis sebab berkawat sepanjang hari. adoyai!

Tuesday, February 14, 2012

kursus sepetang

14 feb - program pengurusan pementoran perkhidmatan awam, majlis pemantapan profesionalisme warga pendidik negeri kedah & perlis bersama yab tpm di dewan wawasan, jitra. konon!

Saturday, February 11, 2012

rumah sewa

2 feb - inilah rupa rumah sewaku di pekan kangar. baru mula duduk bulan ni.

Thursday, February 9, 2012

merentas desa

3 feb - kejohanan merentas desa peringkat sekolah. aku terlibat untuk buat coverage.

Monday, February 6, 2012

minggu penghayatan sunnah ke 8

5 feb - alhamdulillah. minggu penghayatan sunnah selama 5 hari berakhir malam ini, walaupun aku hanya berkesempatan untuk mengikutinya pada 2 hari terakhir.

Tuesday, January 24, 2012

itik goreng

24 jan - pekena itik goreng. harga boleh tahan la. sekala sekala rasa.

Saturday, January 21, 2012

menu udang

20 jan - menikmati udang besar. menu simple tetapi lazat tak terkata dan cukup bermakna kerana dapat menikmati bersama sahabat terbaik. alhamdulillahi 'ala hazihinni'mah alkabiirah.

Monday, January 2, 2012

walimah munchen dan ulama turath

31 dis - hari terakhir 2011. baru hari ini (2/1) dapat update, kesibukan yang melampau-lampau.

pagi, mesyuarat pertama sekolah. tengah hari, majlis khatam quran di rumah, aku bertindak sebagai kepala. petang, bersama zul dan chon menghadiri walimah sahabat azhari, rosman hussain di padang perahu.
1 jan - tahun baru 2012, kesibukan belum berakhir. pagi, hari pra persekolahan. petang, bersama zul, menuju ke gurun untuk menghadiri majlis mahabbah dan ijtima' ulama turath. kehadiran belasan ulama tua, subhanallah wa syukru lillah atas kesempatan yang diberikan ini.

semoga cahaya mereka terus bergemerlapan menyinari alam buana ini.