Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Tuesday, August 9, 2011

feed demon


menatang apa tu? aku suka berkongsi apa yang aku fikir bermanfaat untuk semua. selepas ja on pc, perkara pertama aku buka adalah chrome, pastu adalah feed demon dan ketiga barulah yahoo messenger. betapa pentingnya feed demon ni. ehhe!

feed demon khusus buat hantu blog sahaja! yang suka buka dan baca blog, yang suka follow update terbaru. kalau anda bukan hantu blog, software ni tak dak maknanya.

kat sini aku nak cerita cara mudah ja. feed demon penyelesai kepada beberapa masalah ;

masalah pertama

kita ada banyak blog kita suka baca, takkan setiap hari kita perlu buka semua blog-blog tersebut? kalau 10 blog ok lagi, kalau 50 macam mana? buang masa nak loading setiap blog tu!

masalah kedua

katakan kalau rajin buka setiap satu blog pun, tengok-tengok tak dak update terbaru. apa perasaan kita? buat penat ja.

masalah ketiga

sebagai contoh, anda suka buka dan baca blog kedahlanie, tetapi punya la berat dengan nak loading satu-satu fail flash. berlambak iklan kat situ, padahal kita nak baca artikel ja. mesti tension disebabkan internet plak lembab. so?

penyelesaiannya adalah feed demon!

apa yang perlu anda buat?


anda hanya perlu ada akaun google. download feed demon, freeware ja. lepas selesai install, klik 'subscribe' [rujuk no. 1] masukkan satu persatu alamat blog yang ada follow [rujuk no. 2] , klik 'next' sehingga selesai. nak wat folder ikut kategori pun boleh [rujuk no 3].

sekarang anda hanya perlu buka feed demon. blog-blog yang anda masukkan akan dipantau secara pantas. automatik! [ selesai masalah pertama]

sekiranya blog-blog tersebut mempunyai update, dia akan naik bilangan artikel terbaru [rujuk no 4]. [ selesai masalah kedua ]

hanya klik pada blog tersebut, akan terpaparlah tajuk-tajuk artikel terbaru. anda boleh membaca artikel tersebut dengan gambar-gambar sekali, tanpa ada langsung flash dan widget yang menyemak. simple kerana teks dan imej sahaja yang dipaparkan. [ selesai masalah ketiga ]

aku dah guna feed demon lebih dua tahun. kini senarai blog yang tersimpan berjumlah 162 [rujuk no 5]. dulu sebelum orang gila facebook, blog-blog peribadi kawan-kawan cukup meriah. la ni blog terbiar bersawang. aku tak suka facebook!

berminat? tak rugi kalau try. download kat sini. 3.9 MB ja. kalau ada yang kurang faham, malu bertanya sesat jalan.