Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Wednesday, August 31, 2011

1 syawal 1432

30 ogos - menziarahi pusara ayahanda.

Sunday, August 28, 2011

restoran makkah dan wong solo

27 ogos - selesai shopping raya di alor star mall bersama pensyarah uitm dan pensyarah iptips, iftor di restoran makkah, berdekatan tesco mergong. pekena nasi mandi kambing [RM8] dan nasi mandi ayam [RM7]. rating 6/10!

selesai tarawih di pusat dakwah alor setar, moreh di wong solo, mergong (indonesian cuisine). saja nak try ayam penyet bandar [RM5.50]. rating 8/10!

Friday, August 26, 2011

hujan oh hujan!

26 ogos - akibat hujan dua hari, melimpah tandop yang sedang dibina di hadapan rumah. tenggelam crane!

doa ketika hujan ;
اللهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
" Ya Tuhanku, kurniakan kami hujan yang memberi manfaat. "

Tuesday, August 23, 2011

dugaan hari istimewa

23 ogos - petang keluar untuk shopping raya dan iftor special, namun aral yang melintang ; kereta mati di tengah jalan, paip minyak bocor. terpaksa meminjam motor untuk balik setelah maghrib, namun motor yang dipinjam pancit di tengah jalan. HasbunAllah!

Sunday, August 21, 2011

menyambut syeikh ashraf

20 ogos - menyambut ketibaan sheikh ashraf hamid hasanain al-husaini al-ja'fari [imam 3 masjid al-zhar, mesir] di airport bayan lepas, ifthor, terawih dan tazkirah di masjid taman guar perahu, bukit mertajam. dato seri anwar ibrahim turut bersama. gambar oleh : hazi

Thursday, August 18, 2011

ifthor jamaie mmps dan abi ahmadi

17 ogos - ceramah nuzul al-quran dan ifthor jamaie maktab mahmud pokok sena melibatkan keseluruhan guru dan pelajar.


selesai tarawih, bersama ustaz zul mencuba nasi mandi kambing [RM12] di restoran abi ahmadi, kaki gunung jerai. menu sampingan, sup arnab herba [RM15] serta minuman special ; jus blueberry dan jus kiwi.

koordinat restoran abi ahmadi via google maps : 5.844553,100.466049

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday #9 : dragon?

Monday, August 15, 2011

buku bulan ini - ogos 2011


15 ogos - singgah di popular star parade, sempat membeli secangkir teh pengubat letih RM20 ( harga biasa RM25 ) dan majalah solusi RM11.

Friday, August 12, 2011

perfumes dari cairo


11 ogos - hari ini menerima kiriman dari cairo. 2 botol perfume ; hugo boss dan armani black code. terima kasih sahabat! terima kasih juga pada courier. ehhe~

Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday #8 : ketum

Tuesday, August 9, 2011

feed demon


menatang apa tu? aku suka berkongsi apa yang aku fikir bermanfaat untuk semua. selepas ja on pc, perkara pertama aku buka adalah chrome, pastu adalah feed demon dan ketiga barulah yahoo messenger. betapa pentingnya feed demon ni. ehhe!

feed demon khusus buat hantu blog sahaja! yang suka buka dan baca blog, yang suka follow update terbaru. kalau anda bukan hantu blog, software ni tak dak maknanya.

kat sini aku nak cerita cara mudah ja. feed demon penyelesai kepada beberapa masalah ;

masalah pertama

kita ada banyak blog kita suka baca, takkan setiap hari kita perlu buka semua blog-blog tersebut? kalau 10 blog ok lagi, kalau 50 macam mana? buang masa nak loading setiap blog tu!

masalah kedua

katakan kalau rajin buka setiap satu blog pun, tengok-tengok tak dak update terbaru. apa perasaan kita? buat penat ja.

masalah ketiga

sebagai contoh, anda suka buka dan baca blog kedahlanie, tetapi punya la berat dengan nak loading satu-satu fail flash. berlambak iklan kat situ, padahal kita nak baca artikel ja. mesti tension disebabkan internet plak lembab. so?

penyelesaiannya adalah feed demon!

apa yang perlu anda buat?


anda hanya perlu ada akaun google. download feed demon, freeware ja. lepas selesai install, klik 'subscribe' [rujuk no. 1] masukkan satu persatu alamat blog yang ada follow [rujuk no. 2] , klik 'next' sehingga selesai. nak wat folder ikut kategori pun boleh [rujuk no 3].

sekarang anda hanya perlu buka feed demon. blog-blog yang anda masukkan akan dipantau secara pantas. automatik! [ selesai masalah pertama]

sekiranya blog-blog tersebut mempunyai update, dia akan naik bilangan artikel terbaru [rujuk no 4]. [ selesai masalah kedua ]

hanya klik pada blog tersebut, akan terpaparlah tajuk-tajuk artikel terbaru. anda boleh membaca artikel tersebut dengan gambar-gambar sekali, tanpa ada langsung flash dan widget yang menyemak. simple kerana teks dan imej sahaja yang dipaparkan. [ selesai masalah ketiga ]

aku dah guna feed demon lebih dua tahun. kini senarai blog yang tersimpan berjumlah 162 [rujuk no 5]. dulu sebelum orang gila facebook, blog-blog peribadi kawan-kawan cukup meriah. la ni blog terbiar bersawang. aku tak suka facebook!

berminat? tak rugi kalau try. download kat sini. 3.9 MB ja. kalau ada yang kurang faham, malu bertanya sesat jalan.

Wednesday, August 3, 2011

wordless wednesday #7 : ramadhan itu