Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Sunday, June 19, 2011

man sayang ayah, al-fatihah


19 jun - hari ni hari bapa. kutitipkan al-fatihah buat ruh ayah telah pergi tak kembali, sudah lebih 6 tahun 4 bulan. man sayang ayah. al-fatihah.

man rindukan ayah. man rindukan pelukan ayah. man rindu untuk mencium tangan ayah. semoga Allah membalas segala jerih penat susah payah ayah membanting tulang mengerjakan sawah. kami bukan orang senang. man teramat rindukan ayah.

mengharapkan semua sahabat-sahabat yang lain untuk sama-sama mambaca al-fatihah dan hadiahkan buat semua bapa yang telah pergi. semoga mereka semua berbahagia di sana. amin.. hargailah mereka yang masih ada.