Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Thursday, June 30, 2011

kalaulah Baginda bersama kita


kalaulah Baginda bersama kita
yang jauh dan dekat pasti merapati
mengharap kebaikan sebelum terbenam
ingin bersama dengan Kekasih
bersamanya jiwa pasti terubat
berdoa ke hadrat Allah moga terjawab
cahaya Baginda pastinya tiada suram
ya Tuhan, kabulkan kami bertemu baginda
rohku sebagai perisai buatmu kekasih
Muhammad dimuliakan si asing
bersamanya jiwa pasti terubat
wahai rahmat sekalian alam

من صلى عليّ صلاة واحدة صلى الله عليه بها عشرا
" Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan memberikan rahmat kepadanya sepuluh kali ganda. "

Sempena Jumu'ah al-Barakah ini, mari sama-sama kita perbanyakkan selawat kepada Baginda sallallahu 'alaihi wasallam.