Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Friday, June 24, 2011

chrome dan extension pilihanku

23 jun - ada sahabat minta dikongsikan browser pilihan. sebelum ini browser pilihanku firefox, namun setelahku bertukar kepada lenovo ideapad, nampaknya firefox agak berat. jadi beralih kepada chrome.


chrome memang ringan, tak pernah lagi 'not responding'. terbaik!

kalau kat firefox ada add-on, kat chrome dia panggil extension. sama!


extension pilihan yang aku guna. tak banyak, sebabku pengguna biasa ja.

1. silver bird


twitter client, untuk pengguna twitter tegar. disediakan sekali url shorter.

2. google mail checker

untuk pengguna gmail, notifikasi langsung. tak perlu buka lagi web untuk cek email terbaru.

3. fb photo zoom


untuk pengguna facebook. walaupunku jarang buka facebook, sekali-sekala buka memang malas dah nak klik gambar belek satu-satu. dengan extension ini, hanya letakkan cursor. imej automatik akan di zoom.

4. stop autoplay for youtube

kebiasaanya youtube akan play terus video, extension ni akan stop autoplay tetapi loading akan terus bergerak. nak buka 10 video serentak pun tak dak masalah. senang!

5. screen capture (by google)


untuk mudah snap web sama ada keseluruhan screen, keseluruhan page, sekadar page nampak sahaja atau bahagian-bahagian yang mahu sahaja. boleh diedit dahulu sebelum save.

berminat nak cuba? link telah disediakan, hanya klik pada extension di atas, kemudian install.

ingat! untuk pengguna chrome sahaja!