Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Thursday, June 30, 2011

kalaulah Baginda bersama kita


kalaulah Baginda bersama kita
yang jauh dan dekat pasti merapati
mengharap kebaikan sebelum terbenam
ingin bersama dengan Kekasih
bersamanya jiwa pasti terubat
berdoa ke hadrat Allah moga terjawab
cahaya Baginda pastinya tiada suram
ya Tuhan, kabulkan kami bertemu baginda
rohku sebagai perisai buatmu kekasih
Muhammad dimuliakan si asing
bersamanya jiwa pasti terubat
wahai rahmat sekalian alam

من صلى عليّ صلاة واحدة صلى الله عليه بها عشرا
" Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan memberikan rahmat kepadanya sepuluh kali ganda. "

Sempena Jumu'ah al-Barakah ini, mari sama-sama kita perbanyakkan selawat kepada Baginda sallallahu 'alaihi wasallam.

Wednesday, June 29, 2011

ma'had tahfiz al-quran al-imam an-nawawi (matin)

28 jun - mengikuti kuliah isra' mi'raj oleh al-fadhil us. syed abd kadir al-joofre di ma'had tahfiz al-quran al-imam an-nawawi (matin) di abi padang machang, perlis.

matin @ google maps, klik sini

sempat beli cd audio qasidah an-nabawiyyah oleh pelajar-pelajar matin. best! gambar kat cover tu, al-fadhil us yussaini, mudir matin.

wordless wednesday #2 : santai



Sunday, June 26, 2011

kutip durian


26 jun - alhamdulillah, hasil yang dapat dikutip pagi ni di kelubi. pagi-pagi lagi dah pekena durian. segar!

لإنْ شَكرْتم لأزِيدَنّكم
" Sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan Ku tambahkan buatmu.. " al-Aayat



Friday, June 24, 2011

chrome dan extension pilihanku

23 jun - ada sahabat minta dikongsikan browser pilihan. sebelum ini browser pilihanku firefox, namun setelahku bertukar kepada lenovo ideapad, nampaknya firefox agak berat. jadi beralih kepada chrome.


chrome memang ringan, tak pernah lagi 'not responding'. terbaik!

kalau kat firefox ada add-on, kat chrome dia panggil extension. sama!


extension pilihan yang aku guna. tak banyak, sebabku pengguna biasa ja.

1. silver bird


twitter client, untuk pengguna twitter tegar. disediakan sekali url shorter.

2. google mail checker

untuk pengguna gmail, notifikasi langsung. tak perlu buka lagi web untuk cek email terbaru.

3. fb photo zoom


untuk pengguna facebook. walaupunku jarang buka facebook, sekali-sekala buka memang malas dah nak klik gambar belek satu-satu. dengan extension ini, hanya letakkan cursor. imej automatik akan di zoom.

4. stop autoplay for youtube

kebiasaanya youtube akan play terus video, extension ni akan stop autoplay tetapi loading akan terus bergerak. nak buka 10 video serentak pun tak dak masalah. senang!

5. screen capture (by google)


untuk mudah snap web sama ada keseluruhan screen, keseluruhan page, sekadar page nampak sahaja atau bahagian-bahagian yang mahu sahaja. boleh diedit dahulu sebelum save.

berminat nak cuba? link telah disediakan, hanya klik pada extension di atas, kemudian install.

ingat! untuk pengguna chrome sahaja!

Wednesday, June 22, 2011

wordless wednesday #1 : slurrpp



Tuesday, June 21, 2011

tasik melati


21 jun - dengan semangat kasut baru, riadhah sket petang ni kat tasik melati, perlis. pusing satu round. istiqomah!

tasik melati @ google map : klik sini

أحَبُّ الأعْمَالِ إلى الله: أدْوَمُها وإنْ قَل
" Amalan yang paling disukai Allah : Berterusan sekalipun sedikit "

Monday, June 20, 2011

jika artis boleh berubah...


20 jun - kasut baru beli kat ikhsan kangar petang tadi. jenama line 7 ja. sepasang lagi tu milik pensyarah iptips. sepeten!

menyahut cabaran, jika artis boleh berubah... saya pun boleh. semangat! semangat!

Sunday, June 19, 2011

sesat lagi


19 jun - saja dok belek-belek traffic yang masuk. semakin hari semakin bertambah. jazakallah kerana sudi menjadi silent reader.

dalam banyak-banyak traffic tu, tengok ada dari sebuah blog dengan nama starfromegypt2.blogspot.com. dalam tu ada list blog-blog, semuanya dalam bahasa arab. macam mana la yang blog ana boleh tersesat disenaraikan dalam list tu. blog ana tak pernah lagi ada artikel arab. hairan!

man sayang ayah, al-fatihah


19 jun - hari ni hari bapa. kutitipkan al-fatihah buat ruh ayah telah pergi tak kembali, sudah lebih 6 tahun 4 bulan. man sayang ayah. al-fatihah.

man rindukan ayah. man rindukan pelukan ayah. man rindu untuk mencium tangan ayah. semoga Allah membalas segala jerih penat susah payah ayah membanting tulang mengerjakan sawah. kami bukan orang senang. man teramat rindukan ayah.

mengharapkan semua sahabat-sahabat yang lain untuk sama-sama mambaca al-fatihah dan hadiahkan buat semua bapa yang telah pergi. semoga mereka semua berbahagia di sana. amin.. hargailah mereka yang masih ada.

Friday, June 17, 2011

susun semula dan keputusan tilawah

17 jun - bagi yang selalu mengikuti blog ini, pasti perasan ke mana album terbaru berkaitan evakuasi dan jelajah. sebenarnya ia telah disusun semula berdasarkan tarikh bersesuaian. untuk lebih mudah, rujuk arkib penuh atau klik sini.

update blog depan tv sambil tengok penutup tilawah peringkat kebangsaan.



keputusan untuk 1423 H

QariQariah
JohanNegeri 9Johor
Naib JohanPerakSarawak
Tempat ke 3TerengganuJohan Menunggu

Qari Perak dan Terengganu adalah bekas peserta Akademi al-Quran iaitu Anuar Hasin dan Tarmizi Ali. Johan keseluruhan ; negeri Terengganu. Syabas!

Wednesday, June 15, 2011

angry birds rio


15 jun - baru selesai download versi portable. yang dulu dah khatam dah. masa kat kaherah, siap ada pembantu dok sebelah. haha!

kadang-kadang, game untuk seorang main, tapi kami main sampai 2, 3 orang. reyoh!

ni baru nak try versi baru plak, versi rio. no more pig!

kalau teringin nak try, search ja kat google. malas nak search, habaq mai. nanti kita bagi link untuk download. free!

kemaskini 16 jun - setelah berhempas pulas 2 hari. khatam! tunggu update untuk stage 4 plak. terbaeekkk!!

Rupa-rupanya update dia berkala :
Stage 4 : Julai
Stage 5 : Oktober
Stage 6 : November (Finale)

Lambat lagi la nak complete. Adoi!

Saturday, June 11, 2011

jambu keling


10 jun - balik rumah, tiba-tiba tengok ada atas meja. jambu keling. harumannya cukup mengimbau nostalgia. dulu ada pokok, la ni nak cari dalam kampung pun payah jumpa. perghh!

ada nama lain dak untuk jambu ni? any idea..

Sunday, June 5, 2011

arabian mendy dan hamdan



3 jun - otw ke bukit mertajam singgah sg petani, pekena nasi mandi dulu. lepas gian. 1st time try kt sini, restoran arabian mendy. belakang bank islam berdekatan tesco plaza tol utara. sedap!

arabian mendy @ google map : klik sini


4 jun - kenduri kahwin my junior, mohammad hamdan abdul ghani kat tawar, baling. barakallah lakuma.

Friday, June 3, 2011

jerai hill


2 jun - mendaki gunung jerai dengan naza citra. 12km perjalanan dari kaki gunung ke puncak. lebih kurang 20 minit.

menikmati udara petang di ketinggian 986m dari aras laut. nyaman!