Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Wednesday, February 2, 2011

mesir oh mesir


2 feb - alhamdulillah. internet telah dapat diakses semula tengah hari tadi. setelah 5 hari lebih diblock, bermula pagi jumaat lepas. berikutan tunjuk perasaan besar-besaran selepas solat jumaat. kesannya, perintah berkurung bermula jam 6 petang tersebut sehingga 7 pagi.

sabtu berikutnya, perintah berkurung lebih awal 4 petang sehingga 8 pagi. perintah berkurung masih berjalan setiap malam sehingga hari ini. tak dapat nak keluar ke mana-mana. yang sihat, bertambah la sihat. alhamdulillah. makan dan tidur. no internet connection. boring!

mujurlah ada tv, dapat gak mengetahui perkembangan terkini melalui al-jazeera. tapi, siaran al-jazeera arabic pun kena block bermula pada hari ahad. tinggal siaran berita mesir dan beberapa channel berita inggeris.

suasana di luar penempatan pelajar di sini, semuanya terkawal. kebanyakan jalan ditutup. penduduk tempatan terpaksa berkawal menjaga premis masing-masing berikutan pihak polis berundur secara mengejut pada sabtu lalu. masing-masing berjalan membawa batang kayu, pisau dan sebagainya. gerun! tapi kelmarin pihak polis dah kembali bertugas.

hari ini, setelah internet dapat diakses, ketakutan menjadi-jadi. pelbagai berita dapat diketahui. rasanya kekecohan lebih dirasai di malaysia berbanding kami yang di sini. maklumat mengenai perpindahan ke malaysia melalui jeddah pun baru saja diketahui. semuanya melalui internet.

tiada maklumat rasmi, bila akan dipindahkan.. segalanya masih samar. doakan semoga segalanya selamat. harap-harap internet tidak diblock.