Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Monday, February 28, 2011

[album] memori evakuasi

11 jun - kira-kira 4 bulan lepas, 7 - 12 feb berkampung di jeddah. memori yang akan diingati seumur hidup. dilayan bagaikan ayam daging, dikurung dan dijamu makan 24 jam tanpa aktiviti. kenangan!


















Tuesday, February 8, 2011

evakuasi

proses evakuasi telah bermula pada hari khamis lepas, kami group anak-anak kedah lelaki di kaherah antara group yang last. group anak-anak kedah perempuan baru berlepas kelmarin, pagi sabtu setelah bermalam di airport kerana mengikut perancangan awal fly petang jumaat. kesian!

hari pertama - ahad, 6 feb

6.45 pagi - bertolak dari rumah

7.00 - berhimpun di rumah kedah baru.

7.30 - bertolak ke airport dengan coaster. sampai di airport jam 8 lebih. lama juga di airport, satu khemah besar disediakan. pelbagai makanan bantuan dari malaysia. kebanyakan pek makanan segera. makan sebagai aktiviti utama ketika menunggu.

12.30 tengah hari - mula beratur untuk mendapatkan boarding pass seterusnya masuk untuk proses imegresen. alhamdulillah semua lancar. passport dan visa mesir tak menjadi masalah. memang disediakan laluan khas untuk pelajar malaysia.

yang menjadi masalah bila terpaksa menunggu lama untuk naik pesawat tudm charlie. dekat 3 jam menunggu.

5.00 petang - teruja melihat pesawat charlie. tak la besar mana. 200 orang perlu disumbat. masya Allah. duduk bersila rapat-rapat. sempit sungguh! perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. cuba bayangkan. kebas!

9.00 malam waktu saudi - alhamdulillah selamat mendarat di airport jeddah. perjalanan yang menyeksakan. pengalaman pertama kali dan harapnya yang terakhir. terpaksa melalui urusan imegresen yang cukup perlahan.

hari kedua - isnin, 7 feb

1.00 pagi - baru dapat keluar dari airport. letih dan mengantuk. menaiki bas menuju ke asrama tabung haji madinatul hujjaj yang biasanya dihuni ketika musim haji. setengah jam lebih perjalanan dari airport.

3.30 pagi - selesai pembahagian bilik. satu bilik 20 orang. alhamdulillah dapat merebahkan badan. agak simpati kepada sahabat-sahabat sekapal yang terpaksa tidur di dalam dewan, bilik-bilik dah penuh.

tak tahu la berapa hari akan berada di jeddah. visa yang diberikan hanya seminggu. rasanya mungkin penerbangan antara yang terakhir. menurut khabar yang entahkan betul atau tidak, penerbangan terakhir adalah pada hari khamis. wallahu a'lam. 'ala kulli hal, banyakkan bersabar. biasalah, benda percuma ni faham je la.

akibat keletihan, tengah hari baru bangun. tiada aktiviti untuk sepanjang hari. hanya makan dan tidur. tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan asrama. boring!

nota : gambar-gambar akan diupload kemudian memandangkan internet connection yang ciput menyukarkan proses upload. ikuti laporan hari seterusnya dan review juadah kami di sini.

Thursday, February 3, 2011

sekitar rusuhan

3 feb - gambar-gambar sekitar rusuhan di perlembahan nil










source : al-Jazeera : Anger in Egypt
* klik pada gambar.