Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Wednesday, January 26, 2011

twitter kena block


26 jan - karut! geram sungguh.. sejak petang kelmarin waktu tempatan, echofon ( twitter client ) asyik merah. no connection! ingatkan masalah internet broadband ni yang sememangnya dah lembab tahap cipan.

rupanya bila baca paper hari ini, memang ada kenyataan dari twitter sendiri, klik sini. kena block ekoran rusuhan di beberapa bandar sekitar mesir. hebat rupanya pengaruh twitter ni. sampai petang ni belum ok lagi, dekat 24 jam dah. takkan block terus kot. kempunan la nak tweet. huhu

pasal rusuhan bleh baca sendiri kat paper. 3 orang menjadi korban. politik mesir ni teruk, terkongkong. hari ni keluar ketetapan baru, sebarang perhimpunan diharamkan. pengecut! kalau mesir berjaya mengikut jejak tunisia, silap-silap semua student malaysia kat mesir ni kena angkut balik.

lagi gambar-gambar rusuhan ; bbc .

UPDATE! 10 malam GMT+2 : alhamdulillah.. twitter dah ok. :)