Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Tuesday, January 25, 2011

kerang gergasi

24 jan - alhamdulillah malam ni dapat merasa kerang 'gergasi'. dikira bertuah la kalau dapat makan kerang di kaherah ni, memang tak dak dijual mana-mana. pastu dapat mana?

kerang ni pemberian sahabat yang berkunjung ke dumyat, bandar di pertemuan laut mediterranean dengan terusan suez. kutip berguni-guni di tepi laut. berlambak!

arab mesir tak makan kerang, pelik! tu yang berlambak. kerang ni besar-besar gedabak. rebus cicah ayaq asam ja. meratah!



kredit gambar : imad