Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Wednesday, January 26, 2011

twitter kena block


26 jan - karut! geram sungguh.. sejak petang kelmarin waktu tempatan, echofon ( twitter client ) asyik merah. no connection! ingatkan masalah internet broadband ni yang sememangnya dah lembab tahap cipan.

rupanya bila baca paper hari ini, memang ada kenyataan dari twitter sendiri, klik sini. kena block ekoran rusuhan di beberapa bandar sekitar mesir. hebat rupanya pengaruh twitter ni. sampai petang ni belum ok lagi, dekat 24 jam dah. takkan block terus kot. kempunan la nak tweet. huhu

pasal rusuhan bleh baca sendiri kat paper. 3 orang menjadi korban. politik mesir ni teruk, terkongkong. hari ni keluar ketetapan baru, sebarang perhimpunan diharamkan. pengecut! kalau mesir berjaya mengikut jejak tunisia, silap-silap semua student malaysia kat mesir ni kena angkut balik.

lagi gambar-gambar rusuhan ; bbc .

UPDATE! 10 malam GMT+2 : alhamdulillah.. twitter dah ok. :)

Tuesday, January 25, 2011

kerang gergasi

24 jan - alhamdulillah malam ni dapat merasa kerang 'gergasi'. dikira bertuah la kalau dapat makan kerang di kaherah ni, memang tak dak dijual mana-mana. pastu dapat mana?

kerang ni pemberian sahabat yang berkunjung ke dumyat, bandar di pertemuan laut mediterranean dengan terusan suez. kutip berguni-guni di tepi laut. berlambak!

arab mesir tak makan kerang, pelik! tu yang berlambak. kerang ni besar-besar gedabak. rebus cicah ayaq asam ja. meratah!



kredit gambar : imad

Monday, January 24, 2011

best kamus ni!

24 jan - bukan nak promote, sekadar nak kongsi. baru-baru ni semasa singgah di maktabah nahdet misr, terjumpa sebuah kamus bergambar dwi bahasa AR - EN , dok konfius gak nak beli ke dak sebab harga dia memang mahal. tapi dok tengok isi memang padan la dengan harga, kertas licin dan berwarna. paling penting, tajuk yang pelbagai. pendek kata, macam-macam ada!

last sekali beli gak, sebab banyak maklumat berguna dalam tu. rasanya kalau kita nak cari satu-satu kalimah tu dalam kamus biasa, susah gak sebab kadang-kadang benda tu kita tak tau nama cuma kenal benda. memang kamus bergambar ni banyak membantu.
  • nama : bilingual visual dictionary en - ar
  • cetakan : nahdet misr
  • muka surat : 248 ( kertas licin + warna )
  • kandungan : 5k perkataan, 700 ilustrasi, 350 tajuk
  • harga : LE 150 ( RM 90 +- )
sedikit preview ;




* klik pada gambar.

jika berminat, silalah berhubung. [ bukan tujuan berniaga, sekadar ingin membantu ]

Sunday, January 23, 2011

movie ozone ! apa kaitan ?

23 jan - pagi ni saja belek-belek stat blog bahasa syurga, dok tengok kat bahagian traffic source, ada satu web inggeris, movie ozone. biasa la kot-kot sesat.

saja la masuk web tu, terkejut! dia senaraikan blog bahasa syurga antara fellow bloggers dia. hairan! apa kaitan? dah la blog tu tak berkaitan langsung dengan movie, bahasa melayu plak tu. ajaib sungguh! apa pun terima kasih banyak-banyak. :D

kalau tak percaya, klik sini. kalau tak mau klik, tengok bukti kat bawah ni. sapa-sapa tolong bagi penjelasan yang munasabah.. tolong!!

Friday, January 21, 2011

buah musim sejuk

21 jan - antara buah wajib dinikmati musim sejuk di perlembahan nil ; strawberi atau sebutan arabnya farawalah dan mandarin mesir disebut yusufi. buah tempatan ni, segar dan manis! nyum.. nyum.. :)

harga murah sangat, sekilo farawalah baru LE 6 atau lebih kurang RM 3 lebih. yusufi plak sekilo baru LE 3 sekitar RM 1.60. murah wooo.. bleh dikatakan 2 atau 3 kali beli seminggu. seorang makan sekilo tak pelik la. ghalit!

gambar yusufi yang last tu sengaja dizoomkan untuk nampakkan debunya, biasalah negara padang pasir. layan..



* sila klik pada gambar.

Thursday, January 20, 2011

kini bahasasyurga.net

18 jan - alhamdulillah 'ala kulli hal. setelah domain dot com dikebas, bahasa syurga perlu diteruskan. kini berpindah kepada dot net pula. nampaknya perlu promote semula la sebab ramai dah kenal dengan nama dot com. dah 2 tahun lebih.

mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk tolong promote semula. jazakallah semua atas sokongan berterusan terutama kepada imad yang sudi untuk menaja domain dot net ini.

bersempena nama baru, maka bahasa syurga bertukar wajah. paparan sesimple mungkin dengan mengurangkan imej untuk mempercepatkan proses loading. sebarang cadangan amatlah dialukan.

interface baru bahasasyurga.net ;

Tuesday, January 18, 2011

bahasasyurga.com dikebas

18 jan - kecewa! setelah domain bahasasyurga expired pada 4 dis lepas, menunggu masa untuk dibeli semula. tetapi hari ia telah dikebas, macam mana domain bahasa melayu dipakai oleh mat saleh ni. hairan! ingatkan hanya sekadar pengiklanan, tetapi apabila dirujuk pada registrar di whois, ternyata ia memang telah dimiliki. sedihnya setelah 2 tahun bersama bahasasyurga.com.

bahasasyurga.com hari ini ;

Saturday, January 15, 2011

cairo motor show


14 jan - lama dah di mesir ni, tapi baru hari berpeluang mengunjungi cairo international motor show bertempat di cairo international conference & exhibition center, nasr city.

pameran bermula kelmarin dulu berlangsung 5 hari sahaja. tiket masuk LE 20. disediakan bas mini dari kaunter tiket ke pintu masuk utama, padahal dekat je pun.

bersama imad, round dalam tu sejam lebih kurang ja. tak dak satu pun kereta konsep atau kereta sport, yang ada semua kereta mampu milik ja. kecewa! kereta-kereta china berlambak.









* sila klik pada gambar.

Thursday, January 13, 2011

dinner mo'men

12 jan - sekian lama tak tawsil (deliver) mo'men, malam ni bertiga mengorder 3 menu berbeza. layan! bukan nak promote mo'men, tapi kalau nak tawsil jugak, klik sini. macam-macam ada..



* klik pada gambar untuk lebih jelas & info.

Sunday, January 9, 2011

intelekcyber.com

9 jan - hari ni blog berwajah baru bersempena tahun baru walaupun dah seminggu berlalu. tak jauh beza dengan template lama. simple! template made by malaysian gak. bleh tengok kat bawah sekali.

sejarah hari ini adalah, aku telah menggunakan domain berbayar .com, jadi selamat tinggal blogspot. haha..