Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Thursday, December 29, 2011

guru kontrak 2012

28 dis - allahumma lakal hamdu kulluh. ditawarkan sebagai guru agama dan bahasa arab di sebuah sekolah agama di perlis. kontrak selama setahun.

Tuesday, December 27, 2011

mandy kamben

22 dis - gian punya pasai. bersama ostat zul, gerak ke SP layan sepinggan nasi mandy kamben + teh rabi' dengan pudina. terangkat!

ni adalah kali kedua, dulu pernah mai dah. nk tau tang mana, klik sini!

Sunday, December 18, 2011

kayuh bot

18 dis - beriadhah di tasik darul aman. menyewa bot kayuh RM4 untuk dewasa. berbaloi!

Saturday, December 17, 2011

majlis khitbah

16 dis - hamdan wa syukran lillah. majlis khitbah berjalan penuh keberkatan ke arah membina masjid demi menyempurnakan sebahagian lagi agama sebagaimana hadith Rasulillah s.a.w:

إذا تزوج العبد فقد كمل نصف الدين ، فليتق الله في النصف الباقي
" Apabila berkahwinnya seseorang hamba itu maka dia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk sebahagiannya lagi. "

Tuesday, December 13, 2011

buat si dia

13 dis - sebentuk cincin buat si dia penyeri hidup.

Sunday, December 11, 2011

walimah wanja

10 dis - memenuhi jemputan walimah ridzuan jamal dan sobiroh sabry (adik rodzian hafizullah) di taman siswa.

Friday, December 9, 2011

bbq d'money hill

8 dis - bbq sket cuti sekolah ni. tak jauh mana, money hill ja.

Tuesday, December 6, 2011

pawad masuk jawi

5 dis - makan-makan kat kelubi sempena masuk jawi anak menakan, pawad.

Saturday, December 3, 2011

walimah ashraf mohsein

3 dis - bersama nik berkunjung ke walimah ashraf mohsein di kg titi besi. barakAllahu lahuma!

Sunday, November 27, 2011

salam hijrah dan walimah fadhil

27 nov - hari ini 1 muharram 1433 H, bersama zul dan wanja bertandang ke walimah fadhil ab rahman di kg tong plu, pedu. barakAllahu lahuma!

Sunday, November 13, 2011

nbox n82 flash player

9 nov - my new device arrived this morning. yeay! device untuk play movie/music/pix via usb dan memori kad. dah try, tak perlu lagi untuk layan movie kat netbook "10 ni.

cuma kabel penyambung hdmi tak boleh berfungsi. dah puas try, tapi takkan tak compatible kot sebab tv led dah.

Tuesday, November 8, 2011

idul adha 1432

6 nov - bergambar di pagi raya sebelum ke surau. agak meriah tahun ini.

Saturday, November 5, 2011

salam idul adha 1432

5 nov - maaf atas salah dan silap. kullu 'aam wa antum bikhair. taqabbalallahu minna saalihal a'maal.

Monday, October 31, 2011

konvo uitm

30 okt - congrats my dear nephew, graduan diploma kejuteraan elektrik (elektronik).

istiadat konvokesyen berlangsung di kampus induk uitm shah alam.

Thursday, October 27, 2011

bihun sup abang dan simpang empat

26 okt - mencuba sup abang dan yang cukup femes kat perlis. sepinggan koteow sup special RM4.50. memang berbaloi. teringin nak mencuba gearbox, tapi sayang dah habis.

mudah ja nak cari port ni, 'budgetstation' sebelah pasaraya a-wang pekan simpang empat. orang memang tak putus-putus.

Sunday, October 23, 2011

ipoh : pakma cafe dan restoran sammer al-arabi


20 okt - singgah di greentown, ipoh untuk pekena menu arab. memang terbaik la. especially arabic tea. layan!

pakma cafe
no 20 jln greentown 3,
greentown nova, ipoh.


21 okt - sekali lagi, jalan-jalan cari makanan di ipoh singgah pulak di station 18, berdekatan dengan tesco. suasana restoran memang terbaik, best!

restoran sammer al-arabi
no 58, medan station 18/1,
station 18, pasir putih, ipoh.

Saturday, October 22, 2011

kuala kangsar, cameron highlands dan taiping

20 & 21 okt - jaulah ke perak, menikmati alam ciptaan Tuhan.

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday #10 : merpati sumbat

Saturday, October 15, 2011

koteow kerang daun pisang

15 okt - mini family reunion kat restoran tat nasi ayam, bandar darul aman pekena koteow kerang daun pisang dan macam-macam lagi.

Wednesday, October 12, 2011

projek poster

11 okt - projek design dan cetak poster saiz A3 atas tempahan ; doa syifa, doa penyakit kronik dan ayat mahabbah.

Sunday, October 9, 2011

cd ruqyah

9 okt - menyiapkan cd tempahan, bacaan ruqyah syar'iyyah oleh qari muhammad al-jawrany. durasi bacaan ruqyah selama 1 jam.

sesuai untuk dipasang di dalam rumah dan juga kenderaan bagi tujuan menghindar gangguan. juga dibuka tempahan secara online. sekeping cd hanya RM10 termasuk kos penghantaran.

Friday, October 7, 2011

pizza hat mana ni

7 okt - makan lagi. kali ni pizza plak di petang jumaat. tajuk dia pizza pan super supreme regular 9" untuk 2 orang, sekali 2 ayaq gas + 2 garlic stick bread + 2 mushroom soup = RM27 tak termasuk cukai.

Monday, October 3, 2011

terjemahan 30

3 okt - baru mula turut serta dalam projek terjemahan kitab fiqh '30 persoalan kontemporari berkaitan perubatan, ekonomi dan sosial' karangan dr. saaduddin mus'ad hilali, pensyarah univ. al-azhar. projek ini telah dimulakan tahun lepas oleh fahmie. klik sini.

Friday, September 30, 2011

hari terakhir mmps dan majlis haul

29 sept - hari terakhir di mmps. terima kasih atas hadiah.

malam - majlis haul al-habib abdullah alwi al-haddad bertempat di masjid bukhari. tetamu istimewa, dr. saad gawish ( pensyarah kuliah usuliddin univ. al-azhar ).

Wednesday, September 28, 2011

opai

27 sept - balik dari kelas malam, singgah lebai burger kat jitra. try pekena opai ; roti arab + daging burger hancur. sedap!

Saturday, September 10, 2011

buku bulan ini - sept 2011


26 ogos - membeli buku sempena pesta buku popular untuk koleksi september;
  • sirah rasulullah, biografi muhammad bin abdullah RM35 RM22.90
  • motivasi, men are from mars, women are from venus RM35 RM22.90
  • motivasi, why men don't listen and women can't read maps RM25 RM16.90
moga bermanfaat.

Thursday, September 8, 2011

meriahnya mmps

8 sept - majlis sambutan aidilfitri maktab mahmud pokok sena. lagi gambar menarik : sini

Sunday, September 4, 2011

[video] memori baiti jannati

4 mei 2007 - video pertama yang pernah dihasilkan, kira-kira 4 tahun lepas. memori di ardil kinanah bersama sahabat serumah. acara 'belasah' apa jenis udang tah.

Thursday, September 1, 2011

setelah 7 tahun

1 sept - berkumpul semula 5 jiwa setelah lebih 7 tahun tidak berhimpun bersama.

alhamdulillah! sempat berziarah ke rumah guru kelas semasa form 5 dahulu, teacher aishah abdullah dan juga bertandang ke rumah cikgu bahasa melayu, cikgu norlia saad.

Wednesday, August 31, 2011

1 syawal 1432

30 ogos - menziarahi pusara ayahanda.

Sunday, August 28, 2011

restoran makkah dan wong solo

27 ogos - selesai shopping raya di alor star mall bersama pensyarah uitm dan pensyarah iptips, iftor di restoran makkah, berdekatan tesco mergong. pekena nasi mandi kambing [RM8] dan nasi mandi ayam [RM7]. rating 6/10!

selesai tarawih di pusat dakwah alor setar, moreh di wong solo, mergong (indonesian cuisine). saja nak try ayam penyet bandar [RM5.50]. rating 8/10!

Friday, August 26, 2011

hujan oh hujan!

26 ogos - akibat hujan dua hari, melimpah tandop yang sedang dibina di hadapan rumah. tenggelam crane!

doa ketika hujan ;
اللهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
" Ya Tuhanku, kurniakan kami hujan yang memberi manfaat. "

Tuesday, August 23, 2011

dugaan hari istimewa

23 ogos - petang keluar untuk shopping raya dan iftor special, namun aral yang melintang ; kereta mati di tengah jalan, paip minyak bocor. terpaksa meminjam motor untuk balik setelah maghrib, namun motor yang dipinjam pancit di tengah jalan. HasbunAllah!

Sunday, August 21, 2011

menyambut syeikh ashraf

20 ogos - menyambut ketibaan sheikh ashraf hamid hasanain al-husaini al-ja'fari [imam 3 masjid al-zhar, mesir] di airport bayan lepas, ifthor, terawih dan tazkirah di masjid taman guar perahu, bukit mertajam. dato seri anwar ibrahim turut bersama. gambar oleh : hazi

Thursday, August 18, 2011

ifthor jamaie mmps dan abi ahmadi

17 ogos - ceramah nuzul al-quran dan ifthor jamaie maktab mahmud pokok sena melibatkan keseluruhan guru dan pelajar.


selesai tarawih, bersama ustaz zul mencuba nasi mandi kambing [RM12] di restoran abi ahmadi, kaki gunung jerai. menu sampingan, sup arnab herba [RM15] serta minuman special ; jus blueberry dan jus kiwi.

koordinat restoran abi ahmadi via google maps : 5.844553,100.466049

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday #9 : dragon?