Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Monday, September 27, 2010

pembentangan tesis phd

26 sept - Kira-kira jam 12 tengah hari, bertempat di Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab, Univ. al-Azhar Kampus Wanita berlangsungnya pembentangan tesis ijazah kedoktoran oleh anak Kedah, Ustzh Syed Sultan Bee Bt Packeer Muhammad. Kini bergelar Dr.

Jam 2.30 petang diumumkan keputusan penilaian, alhamdulillah mendapat keputusan tertinggi, Mumtaz Syaraf Ula. Mabruk! Jarang-jarang sangat pelajar Malaysia yang berjaya sehingga ke tahap ini, lebih-lebih lagi dari kalangan pelajar wanita Univ. al-Azhar. Profail lengkap beliau, boleh baca di sini.

Kali terakhir mengikuti pembentangan tesis PhD daripada anak Kedah, kalau tak silap pada tahun 2005 oleh Dr. Rosni bin Samah dalam bidang Bahasa Arab di Fakulti Darul Ulum, Univ. Kaherah, yang kini bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama di USIM.

Insya Allah, dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi, akan berlangsung pula pembentangan PhD oleh Us. Akli bin Ahmad yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis beliau dalam bidang Fiqh Am di Univ. al-Azhar.




* utk lebih jelas; klik pada gambar.