Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Sunday, September 12, 2010

eidulfitri 1431/2010

malam gema takbir - berlangsung dari selepas maghrib dengan solat tasbih, kemudian selepas isyak disusuli dengan takbir dan ucapan raya yang dimulakan oleh ydp mkkk, diikuti perutusan presiden pmram yang dibacakan oleh tim. presiden dan kemudiannya ucapan oleh pegawai hal ehwal pelajar kedah timur tengah. dimeriahkan lagi dengan persembahan marhaban. majlis berakhir jam 11 lebih dengan jamuan nasi impit dan kuih raya.

selesai majlis, membantu group cik li membalut ketupat yang dicampur pulut hitam dan juga jagung. niat hendak belajar sebenarnya dari budak serba boleh, fahmi yahya. jam 2 pagi lebih baru selesai.



solat raya - alhamdulillah dilaksana di masjid nuri al-khattab, yang kubahnya mirip masjid nabawi. solat didirikan 7.05 setengah jam setelah matahari terbit, 6.35. khutbahnya cukup ringkas, tak sampai sepuluh minit. cepat!


menu di pagi raya - selesai solat, tanak pulut kemudian bersama kamal membalut ketupat yang dibuka ahad lepas. kecut sedikit. buat sedikit ja, 3 cawan beras pulut. dapat 27 biji. 2 jam lebih selesai, boleh la makan ketupat buatan tangan sendiri di pagi raya. nikmat! ditambah dengan beberapa jenis kuih dari malaysia. hamdan wa syukran lillah.


* utk lebih jelas; klik pada gambar.