Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Monday, September 6, 2010

daun palas dan tarawih di masjid amru

26 ramadhan - alhamdulillah. nik bawa mai daun palas, bleh la wat ketupat raya ni. beras pulut stok lama ada sket. selama dok mesir, ni la 1st time buka daun palas.

nak buka ni tak susah sangat. yang nak balut tu yang susah, tak tau la nak jadi ketupat jantan ka ketupat betina. padahal tak tau pun nak beza yang mana jantan yang mana betina. malam raya baru nak tanak pulut dan balut. jemputlah mai rumah raya ni. sila!



27 ramadhan - alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. tenaga, semangat dan kemahuan dari diri dah ada, tapi kalau tak dipilih oleh Allah apakan daya. alhamdulillah diberi anugerah untuk bersama ribuan jemaah menunaikan tarawih di masjid 'amru al-'as.

menjadi rutin tahunan, solat tarawih malam 27 ramadhan sempena lailatul qadr diimamkan oleh qari terkenal, Syeikh Jibreel.

isyak 7.33, solat di rumah. pukul 9 sampai, tengah tazkirah. sebelum witir tazkirah lagi, pukul 10 baru mula witir 3 rakaat satu salam dengan qunut yang teramat la panjang. 11.05 baru selesai. lenguh!

gambar sengaja tak ambil sebab tak dak sight yang cantik, dok jauh daripada masjid. nak dok dalam, lepas asar kena ada situ dah. pengalaman masa tahun pertama di mesir, bertolak selepas zohor. terpaksa bersabar, menahan segalanya tanpa boleh meninggalkan tempat duduk. sesak!


* utk lebih jelas; klik pada gambar.