Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Monday, September 27, 2010

pembentangan tesis phd

26 sept - Kira-kira jam 12 tengah hari, bertempat di Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab, Univ. al-Azhar Kampus Wanita berlangsungnya pembentangan tesis ijazah kedoktoran oleh anak Kedah, Ustzh Syed Sultan Bee Bt Packeer Muhammad. Kini bergelar Dr.

Jam 2.30 petang diumumkan keputusan penilaian, alhamdulillah mendapat keputusan tertinggi, Mumtaz Syaraf Ula. Mabruk! Jarang-jarang sangat pelajar Malaysia yang berjaya sehingga ke tahap ini, lebih-lebih lagi dari kalangan pelajar wanita Univ. al-Azhar. Profail lengkap beliau, boleh baca di sini.

Kali terakhir mengikuti pembentangan tesis PhD daripada anak Kedah, kalau tak silap pada tahun 2005 oleh Dr. Rosni bin Samah dalam bidang Bahasa Arab di Fakulti Darul Ulum, Univ. Kaherah, yang kini bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama di USIM.

Insya Allah, dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi, akan berlangsung pula pembentangan PhD oleh Us. Akli bin Ahmad yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis beliau dalam bidang Fiqh Am di Univ. al-Azhar.




* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Wednesday, September 15, 2010

eidulfitri 1431/2010 - rumah terbuka kedah

6 syawal - rumah terbuka anjuran mkkk. menu nasi ayam + ais kacang special made by ketua gedehoq yang tidak asing, hadi. agak meriah tetapi kurang suasana raya kerana ramai hanya ber't-shirt' saja. sekitar jam 12 tengahari, dah boleh makan.




* utk lebih jelas; klik pada gambar.

eidulfitri 1431/2010 - balut ketupat lagi

5 syawal - pagi ni balut ketupat kali kedua edisi jagung. kali ni balut 3 orang sekali us. nik. buat 2 pot (sukat pakai tin jagung). dapat la 28 biji. daun palas baru luak setengah, beras pulut ada lebih kurang setengah kilo lagi. boleh buat sekali lagi.





* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Monday, September 13, 2010

eidulfitri 1431/2010 - hari kedua

ziarah 1 - tgkt 2 rumah kedah baru, jam 9 lebih, saja pi nak merasa ketupat pulut hitam yang dibalut malam raya baru-baru ni. cicah dengan gulai ayam. sedap!

ziarah 2 - villa harmony aka kg. dusun selepas zohor, sekadar ziarah raya.

open house 1 - kediaman ust. nasrul + family. bertolak dari sabiek, terus ke awal abbas aqad. menu laksam + kuih raya beraneka jenis. memang terbaik la laksam tu. puas!


open house 2 - kediaman ust. abd rahman + ustz. farihah bergabung dengan us. firdaus (tokwan) + ustz. bahiyah. dari abas terus ke sabiek semula, pekena mee sup. kenyang! alhamdulillah.


*kualiti gambar kurang, kamera LG K500
* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Sunday, September 12, 2010

eidulfitri 1431/2010

malam gema takbir - berlangsung dari selepas maghrib dengan solat tasbih, kemudian selepas isyak disusuli dengan takbir dan ucapan raya yang dimulakan oleh ydp mkkk, diikuti perutusan presiden pmram yang dibacakan oleh tim. presiden dan kemudiannya ucapan oleh pegawai hal ehwal pelajar kedah timur tengah. dimeriahkan lagi dengan persembahan marhaban. majlis berakhir jam 11 lebih dengan jamuan nasi impit dan kuih raya.

selesai majlis, membantu group cik li membalut ketupat yang dicampur pulut hitam dan juga jagung. niat hendak belajar sebenarnya dari budak serba boleh, fahmi yahya. jam 2 pagi lebih baru selesai.



solat raya - alhamdulillah dilaksana di masjid nuri al-khattab, yang kubahnya mirip masjid nabawi. solat didirikan 7.05 setengah jam setelah matahari terbit, 6.35. khutbahnya cukup ringkas, tak sampai sepuluh minit. cepat!


menu di pagi raya - selesai solat, tanak pulut kemudian bersama kamal membalut ketupat yang dibuka ahad lepas. kecut sedikit. buat sedikit ja, 3 cawan beras pulut. dapat 27 biji. 2 jam lebih selesai, boleh la makan ketupat buatan tangan sendiri di pagi raya. nikmat! ditambah dengan beberapa jenis kuih dari malaysia. hamdan wa syukran lillah.


* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Thursday, September 9, 2010

majlis khatam al-quran

29 ramadhan - majlis khatam al-quran berlangsung di tingkat 2 asrama darul aman 2, hayyu sabiek. ramai gak jemputan. majlis diakhiri dengan iftar.


kredit gambar : el-fayrouz

* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Monday, September 6, 2010

daun palas dan tarawih di masjid amru

26 ramadhan - alhamdulillah. nik bawa mai daun palas, bleh la wat ketupat raya ni. beras pulut stok lama ada sket. selama dok mesir, ni la 1st time buka daun palas.

nak buka ni tak susah sangat. yang nak balut tu yang susah, tak tau la nak jadi ketupat jantan ka ketupat betina. padahal tak tau pun nak beza yang mana jantan yang mana betina. malam raya baru nak tanak pulut dan balut. jemputlah mai rumah raya ni. sila!



27 ramadhan - alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. tenaga, semangat dan kemahuan dari diri dah ada, tapi kalau tak dipilih oleh Allah apakan daya. alhamdulillah diberi anugerah untuk bersama ribuan jemaah menunaikan tarawih di masjid 'amru al-'as.

menjadi rutin tahunan, solat tarawih malam 27 ramadhan sempena lailatul qadr diimamkan oleh qari terkenal, Syeikh Jibreel.

isyak 7.33, solat di rumah. pukul 9 sampai, tengah tazkirah. sebelum witir tazkirah lagi, pukul 10 baru mula witir 3 rakaat satu salam dengan qunut yang teramat la panjang. 11.05 baru selesai. lenguh!

gambar sengaja tak ambil sebab tak dak sight yang cantik, dok jauh daripada masjid. nak dok dalam, lepas asar kena ada situ dah. pengalaman masa tahun pertama di mesir, bertolak selepas zohor. terpaksa bersabar, menahan segalanya tanpa boleh meninggalkan tempat duduk. sesak!


* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Saturday, September 4, 2010

iftar, tarawih di masjid husain dan ukur jubah

19 ramadhan - berbuka di musallas. sempat singgah di dataran hayyu 10, menjenguk bazaar ramadhan malaysia. hambar! ada 4 gerai ja. hanya dapat membeli ketayap + kuih lapis. jazakumullah buat tuan rumah, Azri dan Naim.

22 ramadhan - tarawih di masjid saidina husain. pertama kali dalam ramadhan tahun ini. pendek dan cepat. dalam masa sejam selesai 8 rakaat sekali witir. cadang nak snap dua tiga keping gambar, kamera dah dibawa tapi bateri tertinggal. sayang!

23 ramadhan - selepas zohor bersama Wahab mengukur jubah di malaysian hall cairo aka arma untuk majlis konvokesyen pada 10.10.10 ni. dengan bayaran LE 165 (RM 90) untuk jubah + imamah.

ukur jubah