Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Friday, August 27, 2010

tarawih di masjid raba'ah al-'adawiyah

malam ni nuzul quran. dah lebih separuh dah ramadhan berlalu. bertarawih di masjid raba'ah al-adawiyah. masuk kali ketiga dah sepanjang ramadhan tahun ini. bacaan imamnya cukup memikat.

malam ni kebetulan ada imam yang cukup istimewa, syeikh Quran dan qiraat nombor satu di mesir ni, Syeikh Ahmad Isa al-Ma'sarawi Syeikh Umum al-Maqari al-Masriyyah dan merupakan Pengerusi Lajnah Muraja'ah al-Masahif bi Majma' al-Buhus al-Islamiyyah. beliau membaca Surah as-Syu'ara dengan qiraat, tak pasti riwayat mana. lama dah dok teringin nak dengar bacaan beliau secara live, alhamdulillah. cukup teruja!

bagi yang belum pernah mendengar bacaan beliau, berikut bacaan Surah al-Muddassir dengan riwayat Idris al-Haddad 'an Khalaf al-Bazzar ;