Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Sunday, August 29, 2010

tarawih di masjid ar-rahman ar-rahim

alhamdulillah.. malam ke 19 bertarawih di masjid ar-rahman ar-rahim yang masih baru di lebuhraya salah saleem, tak jauh dari malaysian hall cairo.

untuk kali pertamanya menjejakkan kaki di masjid ini, disambut dengan air mineral seorang sebotol untuk setiap jemaah, disapa di muka pintu dengan tamparan air-cond yang agak kuat, nyaman!

suasana dalam masjid cukup indah, namun tidak dihairankan kerana semuanya menggunakan teknologi terkini. setengah jam setelah azan baru diiqamah. bacaan imamnya sedap, cuma agak panjang. letih!



* klik untuk lebih jelas.

Friday, August 27, 2010

tarawih di masjid raba'ah al-'adawiyah

malam ni nuzul quran. dah lebih separuh dah ramadhan berlalu. bertarawih di masjid raba'ah al-adawiyah. masuk kali ketiga dah sepanjang ramadhan tahun ini. bacaan imamnya cukup memikat.

malam ni kebetulan ada imam yang cukup istimewa, syeikh Quran dan qiraat nombor satu di mesir ni, Syeikh Ahmad Isa al-Ma'sarawi Syeikh Umum al-Maqari al-Masriyyah dan merupakan Pengerusi Lajnah Muraja'ah al-Masahif bi Majma' al-Buhus al-Islamiyyah. beliau membaca Surah as-Syu'ara dengan qiraat, tak pasti riwayat mana. lama dah dok teringin nak dengar bacaan beliau secara live, alhamdulillah. cukup teruja!

bagi yang belum pernah mendengar bacaan beliau, berikut bacaan Surah al-Muddassir dengan riwayat Idris al-Haddad 'an Khalaf al-Bazzar ;

Wednesday, August 25, 2010

ulangtahunku ke 26

kelmarin dulu hari isnin adalah hari ulangtahunku ke 26. terima kasih banyak kepada sahabat-sahabat yang wish dan doa kat facebook. ada 59 semuanya.

ulangtahun kali ini tak sambut sangat pun. cuma buat iftar ja. jemput dua tiga orang kawan rapat. buka puasa dengan balah merah + kuning, agar-agar dan kuih cara ( special made by Radzi ). selepas solat maghrib baru makan menu utama, nasi daging.




* klik pada gambar untuk lebih jelas.

Thursday, August 12, 2010

tarawih di masjid al-azhar

malam kedua ramadhan. 20 rakaat dua imam dengan bacaan qiraat berbeza. mula jam 8, habis 10.15 malam. selesai tarawih menikmati moreh di kedai iggah yang cukup famous sebelah masjid al-azhar. 1st time pekena iggah waktu malam. biasanya dok makan waktu kuliah.




* klik pada gambar untuk besarkan.