Dengan Nama-Mu Ku Mulakan...

Monday, December 13, 2010

hussain dan tikka

12 dis - walaupun sejak kemarin hingga hari ni, cuaca sejuk melampau ditambah ribut pasir, disebabkan chon akan balik malaysia esok dengan flight ettihad, bersama imad menemani chon membeli belah di khan el-khalili, hussain. malamnya dibelanja makan di chicken tikka. jazahullah..
  • sekitar hussain


  • chicken tikka


* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Thursday, December 9, 2010

unta dan piramid

8 dis - lepas zohor bersama chon dan imad terus ke ghamrah, kemudian ambil metro turun di el-giza. naik kereta sapu katanya 5 genih ja dibawa terus ke tempat naik unta. setelah deal harga, mula menunggang gamal 2 jam. tak best pun. tak berminat dah nak naik lepas ni. time dia lari anak, best sket. sakit paha malam tu hanya Allah yang Maha Tahu.





* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Thursday, November 18, 2010

eiduladha 1431/2010

16 nov - 10 zulhijjah, menunaikan solat sunat eiduladha di masjid nuri al-khattab. seusai solat, menjamu selera dengan kuih yang telah diprepare sejak dua tiga hari dulu ; kerepek 'ish & cornflakes madu. menu utama ; nasi impit + kuah kacang dan nasi kabsah + rendang itik. alhamdulillah, rasa gak macam raya.






* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Saturday, October 2, 2010

jumaat di masjid ar-rahman ar-rahim

1 okt - menunaikan solat jumaat di masjid ar-rahman ar-rahim setelah mendapat maklumat khutbah akan disampaikan oleh SS Mufti Mesir, Dr. Ali Jumu'ah. Khutbah berkisar tentang hadis safinah (kapal). Ini kali kedua ke masjid ini, setelah tarawih ramadhan lalu.




* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Monday, September 27, 2010

pembentangan tesis phd

26 sept - Kira-kira jam 12 tengah hari, bertempat di Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab, Univ. al-Azhar Kampus Wanita berlangsungnya pembentangan tesis ijazah kedoktoran oleh anak Kedah, Ustzh Syed Sultan Bee Bt Packeer Muhammad. Kini bergelar Dr.

Jam 2.30 petang diumumkan keputusan penilaian, alhamdulillah mendapat keputusan tertinggi, Mumtaz Syaraf Ula. Mabruk! Jarang-jarang sangat pelajar Malaysia yang berjaya sehingga ke tahap ini, lebih-lebih lagi dari kalangan pelajar wanita Univ. al-Azhar. Profail lengkap beliau, boleh baca di sini.

Kali terakhir mengikuti pembentangan tesis PhD daripada anak Kedah, kalau tak silap pada tahun 2005 oleh Dr. Rosni bin Samah dalam bidang Bahasa Arab di Fakulti Darul Ulum, Univ. Kaherah, yang kini bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama di USIM.

Insya Allah, dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi, akan berlangsung pula pembentangan PhD oleh Us. Akli bin Ahmad yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis beliau dalam bidang Fiqh Am di Univ. al-Azhar.




* utk lebih jelas; klik pada gambar.

Wednesday, September 15, 2010

eidulfitri 1431/2010 - rumah terbuka kedah

6 syawal - rumah terbuka anjuran mkkk. menu nasi ayam + ais kacang special made by ketua gedehoq yang tidak asing, hadi. agak meriah tetapi kurang suasana raya kerana ramai hanya ber't-shirt' saja. sekitar jam 12 tengahari, dah boleh makan.




* utk lebih jelas; klik pada gambar.

eidulfitri 1431/2010 - balut ketupat lagi

5 syawal - pagi ni balut ketupat kali kedua edisi jagung. kali ni balut 3 orang sekali us. nik. buat 2 pot (sukat pakai tin jagung). dapat la 28 biji. daun palas baru luak setengah, beras pulut ada lebih kurang setengah kilo lagi. boleh buat sekali lagi.





* utk lebih jelas; klik pada gambar.